Sunday, April 25, 2010

Sukar rela atau Sukarela??

Salam 1Sukarela.

24.04.2010 ( Sabtu ) 1430hrs - 1700hrs
25.04.2010 ( Ahad ) 1000hrs - 1730hrs
Tempat : Yayasan Salam Malaysia Petaling Jaya

Dua hari yang penuh bermakna untuk 5 sekeluarga Arwah Pak Yusof dan Arwah Kak Nah apabila mengikuti Kursus Kesukarelawanan dan Orientasi berpengkalan di YSM.

Nora, Faizal, Fariz, Ika dan Farah telah membuka mata sendiri di dalam dunia sukarela dimana usaha memenuhkan masa lapang yang selama ini hanya kosong. Bagaimanapun perjalanan kursus itu berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan. Minum dan makan disediakan. Tu yang bagus tu walaupun sukarela.

Sesi perbincangan dan pengenalan dari sudut kesukarelawanan telah menyerap masu kedalam jiwa raga keluarga berlima itu. Mereka itu sangat bersemangat dengan program-program yang akan dan bakal diadakan pada masa akan datang. Harap-harap mereka itu dapat meneruskan apa yang dikatakan sukarela.

Tapi apa yang menarik tentang perjalanan kursus tersebut adalah Kak Alang yang tak putus-putus membuat kami ketawa terbahak-bahak dengan lawak jenaka beliau. Pengkongsian pengalaman di selang-seli dengan humor memang membuat air-mata kami seolah berjurai-jurai keluar tanpa mahu berhenti. Itulah Kak Alang, lawak orangnya. Nak rekomen lah dia masuk Ratu Lawak.. hehe...

Kita tunggu bila masa dan ketika tiba.

1 comment:

Anonymous said...

Hi All,

Sukarela ni something that very universal to make people understand or feel important. Infact sukarela has been developed in many people where tolong orang dapat pahala.

Thanks