Friday, April 23, 2010

Asyik Tipu Jerrrrr....

Dari Harian Metro 12 Jun 2006 Edisi KL : SMS curi kredit masa berbual

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Abdullah Wahab

KUALA LUMPUR: Selepas gempar dengan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) menawarkan bonus tambah nilai kredit palsu, penjenayah yang mencuri kredit masa berbual (airtime) milik mangsa dikesan menyebarkan pula SMS menggunakan Bahasa Melayu sebagai taktik terbaru.

Penipu licik yang ~{!.~}menjual~{!/~} nama Celcom tidak lagi menggunakan SMS dalam Bahasa Inggeris, sebaliknya menghantar pesanan menggunakan Bahasa Melayu ke nombor telefon bimbit mangsa.

Antara ayat digunakan bagi meyakinkan pengguna khidmat talian prabayar berkenaan ialah ~{!.~}Tahniah anda telah menerima bonus sempena Fifa World Cup 06 sebanyak RM50 daripada Celcom, untuk mengaktifkan bonus anda sila taip 05 dan hantar ke 0139088308.~{!/~}

Mangsa terbaru, eksekutif bank, Ghafar Mahadi, 27, berkata dia menerima SMS berbahasa Melayu berkenaan kira-kira jam 8 malam kelmarin, namun menyedari ia satu penipuan berikutan arahan menghantar nombor kod ke talian telefon terbabit adalah kaedah memindahkan kredit prabayar yang diperkenalkan syarikat telekomunikasi itu.

Menurutnya, penghantar jelas cuba memperdaya mangsa dengan menggunakan nama syarikat Celcom serta kehangatan demam Piala Dunia 2006 sebagai taktik untuk mencuri kredit mangsa.

~{!0~}Sekiranya saya mengikut arahan terbabit dengan menghantar kod 05 sudah pasti saya akan kerugian RM5 yang ditolak daripada akaun prabayar saya.

~{!0~}Saya minta pihak syarikat telekomunikasi terbabit menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap pemilik nombor 013 9088308,~{!1~} katanya di sini, semalam.

Ghafar berkata, dia yakin ramai lagi yang menjadi mangsa penipuan licik itu terutama mereka yang tidak tahu mengenai perkhidmatan ~{!.~}Airtime Share~{!/~} (pemindahan kredit) yang diperkenalkan syarikat telekomunikasi berkenaan.

~{!0~}Ini satu bentuk jenayah dan individu yang melakukannya patut diheret ke muka pengadilan.

~{!0~}Mungkin ramai lagi individu yang terpedaya dengan taktik itu, cuma mereka tidak mahu tampil mendedahkannya penipuan itu,~{!1~} katanya.

Sementara itu, Harian Metro cuba menyiasat perkara itu dengan menghubungi nombor 013-9088308, bagaimanapun mendapati tidak dijawab sebaliknya terus dihantar ke peti simpanan suara.

Nombor berkenaan dipercayai sengaja digunakan penipu bagi memindahkan kredit milik mangsa ke telefon bimbit terbabit sebelum dipindahkan ke akaun prabayar telefon lain.

Dalam pendedahan Metro Ahad semalam, seorang kakitangan kerajaan, Zalina Osman, 32, turut kehilangan wang RM8 termasuk 30 sen untuk caj perkhidmatan berikutan terpedaya dengan SMS terbabit.

Dia yakin selepas menerima SMS kononnya menawarkan bonus tambah nilai percuma RM80 bersempena temasya bola sepak Piala Dunia 2006 di Jerman.

Bagaimanapun tidak sampai lima minit dia menerima balasan SMS daripada syarikat telekomunikasi itu yang mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan pemindahan kredit berjumlah RM8 ke nombor telefon bimbit itu.

Sementara itu, dalam kes sama seorang pesara dari ada Georgetown, Pulau Pinang turut menjadi mangsa, apabila kerugian RM10 selepas tertarik dengan tawaran tambahan kredit telefon sebanyak RM50.

Mangsa yang menggunakan khidmat prabayar syarikat sama menerima SMS daripada nombor tidak dikenali yang mengucapkan tahniah kerana menerima kredit RM50.

Selepas mengikuti arahan dalam SMS itu, dia mendapati kredit asalnya berkurangan sebanyak RM10 kerana ia dipindahkan ke akaun lain, selain caj 15 sen bagi yuran perkhidmatan.

No comments: