Friday, April 23, 2010

Insuran selain Takaful - Halal ke pendapatan?

salam,

utk info, keputusan insuran haram dibuat oleh Majlis Ulama Fiqh Sedunia dengan dihadiri oleh pakar-pakar ekonomi dan juga the best practitioners in Banking and Insurance . Hasil perbincangan dan pembentangan kertas kerja di antara kedua-dua pihaklah yang menghasilkan keputusan haram semua insuran konvensional.

So, mana-mana orang yg mendakwa kononnya ulama tak faham bgmn insuran konvensional applied sehingga memberi fatwa dgn salah adalah tidak perlu dilayan kerana hanya syok sendiri saja dan kononnya diri lebih pandai dari big boss insuran konvensional satu dunia yang membentangkan praktis insuran mereka di Majlis Keputusan Ulama Fiqh Seudnia itu.

Di peringkat malaysia, hal yg sama berlaku , yg mana Mjalis FAtwa Kebangsaan dan JAKIm sudah pun memanggil pensyarah universiti berkaitana dan pengamal insuran utk menerangkan kpd mereka aplikasi insuran di malaysia. Hasilnya adalah haram.

Tiba2 muncul seorang yang mendakwa 'pakar di segala pakar insuran' dengan beberpaa keping sijil serta mewarwarkan 'tahun kerjayanya' lalu menyalahkan Jakim dan majlis Fiqh Sedunia sedangkan info fatwa badan fatwa ini di perolehi dari big boss insuran satu dunia dan peringkat Malaysia.

Adapaun, jika insuran konvesnional skrg sudah mengubah caranya...mrk patut pergi bentang di Majlis Fiqh Sedunia semula dan bukannya berkokok tak keruan. Dan jika asas dan konsep pula betul menrut Shariah, tapi bagaiaman pula aplikasi dan setiap terma dalam kontrak yg dikeluarkan oleh syrkt Insuran Konvensional..??.siapa yang semak.. sedangkan di bank-bank islam ini pun jika tidak dipantau terma2 kontrak yang didrafkan oleh Lawyer yang masih baru belajar hukum muamalat, sudah tentu sesuatu produk bank islam itu hanya nama sahaja, tetapi aqadnya batal dan salah.

Inilah peri pentingnya majlis penasihat Shariah di sesebuah institusi kewangan samada bank islam dan takaful.

Adapun Insuran yang dicanangkan oleh 'hero' ini....siapakah yang layak di kalangan pekerja di syaraikat isnuran anda yang mampu mengenal pasti ini aqad ni jenis :-
1- (ju'alah) ke?,
2- (aqad wakalah) ke?,
3- ni jenis "Mudarabah Muqayyadah atau Mutlaqah" ?, apa pula syarat sah dan batalnya dan bgmn aplikasinya dalam bentuk kontrak semasa?
4- macam mana kira zakatnya, tolak dari untung bersih atau aset ?
5- ini jenis 'dhaman" yang sah ke?
6- "Dhaman bil ujr" ke ?,
7- ini "aqad lazim" ke,
8- ada tak syarat yang "mutanaqid bi maslahatil amil" ke dan lain-lain,

semua yg saya sebut tu hanya beberpa acontoh kecil yang perlu dipastikan sebelum sebuah takaful disahkan halal, semau tadi jika tak kena cara buatnya, ia boleh beri efect hukum sesebuah insuran mahupun takaful...so, jika sdr hero reti mengenal istilah-istilah yg saya sebut tadi dan reti juga hukum setiap satu, dan di mana letakkan ia di dalam aqad atau kontrak insuran..inshaAllah bolehlah kita sembang lagi, jika tidak, maaf, ramai lagi org lain yg perlu saya ambil perhatian..sekian

Adapaun istilah insuran yang pelik2, semua individu berpengalaman dalam insuran dan Takaful telah bentang kpd majlis penasihat Shariah satu persatu, malah mereka syrkt takaful juga ada penaishat Shariah dalaman (atau jabatan Shariah) yang semak besar kecil setiap aqad dan konsep...Malahan hampir semua pekerja di takaful ini dulu pernah kerja insuran konvensional so mereka semua tahu operasi insuran haram tu. merekalah yg bentang pada penasihat shariah dgn satu persatu.


Kerana itulah , JAKIM malas layan dan demikian juga saya. Biarla ia di dunianye sendiri, tidak perlulah melayannya. MW juga sudah tidak beri ruang katanya,..hmmm elok la tu tindakan JAKIM.

Sekian

No comments: