Friday, April 23, 2010

SMS Tipu Lagi

betui ker ni hah

Diforwardkan oleh seorang rakan........

Dah baca Harian Metro? Kalau belum, saya paparkan cerita mengenai penipuan kepada pemilik telefon bimbit prabayar di bawah ni ( kes 2 ). Tapi sebelum tu saya nak cerita tentang kes penipuan yang hampir sama ( rujuk kes 1 ) yang pernah berlaku kepada saya baru-baru ini. Juga saya paparkan mesej yang saya terima daripada kawan saya tentang penipuan yang tak pasti kepada pemilik telefon bimbit prabayar atau pascabayar ( Kes 3 )

KES 1

1. No Telefon Bimbit : 013-3440257

Mesej : Dear valued customer.RM70 will be credit into your account.To activate type 7 and send to 10133440257. TQ

Tarikh Mesej diterima : 26 April 2006

Masa Mesej diterima : 12:49 pagi


2. No Telefon Bimbit : 019-9580629

Mesej : TAHNIAH! ANDA TELAH TERPILIH UTK MENERIMA RM50 KREDIT PANGGILAN PERCUMA DARI ~{!0~}CELCOM~{!1~} SEMPENA (ULANG TAHUN~{!/~}) SILA TAIP; 10 & HANTAR KE; 10199580629 (PERCUMA) TQ.

Tarikh Mesej diterima : 10 April 2006

Masa Mesej diterima : 1:00 pagi.


3. No Telefon Bimbit : 019-9993064

Mesej : Penambahan baki akaun Xpax Mid Prepaid anda sebanyak RM5 akan diaktifkan akaun anda,dail 0193000910 atau taip 5 SEND ke 10199993064.TQ.

Tarikh Mesej diterima : 09 April 2006

Masa Mesej diterima : 5:45 pagi.


4. No Telefon Bimbit : 013-2798220

Mesej : Anda mempunyai 9 pesanan suara.Untuk mendengar mesej bersuara ini sila taip 9 dan htr ke 10132454709

Tarikh Mesej diterima : 06 Jun 2006

Masa Mesej diterima : 1:17 pagi.


Pernahkah anda menerima sms seperti di atas di talian telefon bimbit anda? Saya dah menerimanya sebanyak 4 kali dan percayalah bahawa semuanya adalah TIPU belaka. Untuk pengetahuan, sekiranya anda membalas kepada nombor yang diberikan dengan menaip angka 10, 20 atau apa saja dan dihantar kepada nombor yang bermula dengan 1, contohnya 10132454709, ini bermakna kredit panggilan anda sebenarnya telah dipotong sebanyak jumlah yang anda taip itu iaitu 10, 20 dsbnya, kerana telah dipindahkan kepada pemilik nombor berkenaan. Angka 1 di hadapan nombor itu adalah angka yang telah disetkan oleh pengendali telefon bimbit iaitu Celcom, Maxis dan Digi, sebagai angka untuk memindahkan kredit panggilan.

Pada mulanya saya hampir terpedaya, tetapi nasib baik telah menerima peringatan daripada kawan saya tentang perkara ini satu ketika dahulu. Apa yang saya lakukan adalah membalas semula dengan kata-kata yang kasar di samping menyelitkan sedikit nasihat berunsur agama kepada mereka ini.

Jika diperhatikan, banyak kesalahan tatabahasa seperti ketinggalan koma ( , ), perkataan tidak dijarakkan selepas perkataan sebelumnya dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa penipu ini main redah sahaja asalkan niat busuk mereka tercapai. Dari situ juga saya dapat mengagak bahawa mesej itu bukan datangnya daripada pengendali telefon selular sebab ayatnya banyak yang salah.

Saya telah membuat aduan kepada pihak Celcom Careline dengan memberikan kesemua nombor daripada pemilik telefon durjana tersebut kerana kebetulan semuanya adalah nombor Celcom. Mereka berjanji akan menyiasat perkara ini dan akan mem~{!/~}block~{!/~} nombor-nombor itu sekiranya terbukti benar pemiliknya melakukan penipuan.

Berhati-hatilah terhadap penipuan yang licik ini.

No comments: